Monday, October 13, 2008

Pemilihan Pemain Pasukan Perak Day 3

Lokasi: Stadium Perak, IpohTarikh: 11 Oktober 2008Waktu: 8:30 pagi - 10:30 pagi
Seramai 12 orang lagi pemain menghadirkan diri pada hari terakhir pemilihan skuad Perak hari ini. Namun tiada seorang pun dari mereka yang berjaya menarik perhatian panel pemilihan pagi tadi.
Saringan semalam menyaksikan hanya 7 orang pelatih sahaja yang disenarai pendek namun mungkin hanya 2 atau 3 orang sahaja yang akan terpilih untuk mengikuti kem latihan pasukan Perak yang bakal bermula secara rasminya pada hari Isnin ini.
Antara pemain yang berada pada senarai terakhir panel pemilihan ialah penyerang dari Sarawak, Mohd Arsyah Mohd Ayob, G. Saravanakumar (Plus FC) dan pemain skuad Presiden musim lalu, Isma Alif Mohd Salim.
Tiada lagi sesi pemilihan pemain sebelah petang memandangkan beberapa pemain yang dijangka datang pada sebelah pagi tadi tidak dapat menghadirkan diri pada saat terakhir dengan pelbagai alasan.
Secara rasminya sesi pemilihan pemain bolasepak Perak musim 2009 telah menutup tirainya