Monday, October 4, 2010

Nasi Ayam MASH


Aha, bagi sesape yang duduk area Dato’ Keramat, kalau tak tau tempat makan famous ni memang korang rugi besar. Okey tempat makan ni memang terkenal, walaupun ia hanya menjual sejenis masakan sahaja iaitu Nasi Ayam. Nasi Ayam dia bukan sebarang nasi ayam, sebab tiap – tiap hari ada sahaja orang yang beratur panjang semata – mata sebab nak merasa kelazatan dan keenakannya. Walaupun kunjungan saya pada ahad lepas agak lewat daripada waktu makan tengahari yang sebenar (3.30 petang) ( ingatkan dapat skip beratur – beratur ni ), tapi last – last kena beratur jugak. Bukan pendek – pendek, tapi sampai keluar kedai gitu. Mau tak berpeluh. Time tu pulak dah pukul 3.30 petang, kalau ikut – ikutkan kedai makan lain dah sibuk – sibuk tengah kemas, lap – lap meja, sapu – sapu sampah, tapi kat kedai Nasi Ayam MASH ni lain pulak keadaannya. Makin ramai yang masuk, dan makin berperiuk – periuk nasi ayam keluar daripada dapur di belakang. Specialnya kat sini, kalau korang masuk aja kedai, tak payah susah – susah order ataupun tengok menu, dah sah – sah nasi ayam aja yang ada. So cuma cakap nak berapa, sama ada 1, 2 ataupun 10. Minuman pulak, standard macam kedai lain, contohnya sirap limau, milo ais ke fresh orange ke..ikut selera masing – masinglah.

Lokasi kedai Nasi Ayam MASH ni senang aja, ianya terletak berhadapan dengan Surau Al-Akram Dato’ Keramat, alah kalau dari Jalan Jelatek tu nak menuju ke Pasar Keramat atau ke stesen LRT Dato’ Keramat, kedai ni terletak di sebelah kanan korang. Kedai ni bukak tiap – tiap hari daripada jam 10.30 pagi sehinggalah semua ayam – ayam nya habis dijual. Harga sepinggan Nasi Ayam nya pula, murah aja, Cuma RM 2.30 satu. Sebelah kedai Nasi Ayam MASH ni pula terdapat kedai pemborong keropok lekor dari Terengganu, so kalau rasa – rasa tekak tu nak makan keropok lekor pulak petang – petang nanti, bolehla beli. Nak borong banyak – banyak pun takde masalah.

Memandangkan kedai Nasi Ayam MASH ni terletak betul – betul berhadapan dengan surau, makanya sudah tentulah ianya menjadi tumpuan kaum muslimin terutamanya pada hari jumaat. Lepas aja selesai menunaikan solat jumaat, terus tuju ke kedai Nasi Ayam ni untuk menjamu selera. Kira memang convenience lah! Bagi suri rumah yang takde masa macam saya (opss!), lagilah senang, pegi aja ke kedai ni, beratur ( ni yang letih sket), order saja. Memang kuantiti Nasi Ayam yang dibeli secara bungkus selalunya lebih banyak.  Tapi jangan pulak sampai tiap – tiap hari belasah Nasi Ayam, takut nanti muka jadik macam ayam pulak. Tukar – tukar selera la kan, jadiknya minggu depan saya carikkan tempat makan yang best – best untuk korang. ( kalau korang rasa tak best atau tak suka atau rasa nak rekemen tempat makan korang silakanlah )..lagi banyak tempat makan best kan ke lagi variety. Hehehe.

credit : MyMesra

Saturday, October 2, 2010

So Nyuh Shi Dae


When they first debuted, nine of them were always holding hands, and wanted to finish up the extremely long slogan every time: 'Right now it's Girls' Generation! From now on it's Girls' Generation! Forever Girls' Generation!'

See, it's "Forever".